Thursday 12 February 2015

Murabbi yang disayangi

Tuan guru yang kami sekeluarga sangat kagumi. Sempat menuntut ilmu dengan murabbi. Moga beliau tenang di sana. Dari FB Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan Nabi ajar kita doa begini... ‘Auf bin Malik Al-Asyja’iy radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melaksanakan salat jenazah dan aku menghafalkah do’anya: «اللهُمَّ، اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ - أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ -» “Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah ia, selamatkanlah ia, maafkanlah ia, muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah ia dengan air, salju, dan embun, bersihkanlah ia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran, gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, istri/suaminya dengan istri/suami yang lebih baik, masukkanlah ia ke dalam surga, dan lindungilah ia dari siksaan kubur – atau dari siksaan neraka –“. [Sahih Muslim]

Keperluan hidup bermasyarakat dan berkeluarga

Pukul 11.30 pagi ini saya perlu berhenti dari mentranskripsi data untuk menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat. Salah seorang sahabat dan jiran telah dimasukkan ke wad dan saya tidak boleh membiarkan beliau tanpa diziarah kerana menziarahi orang yang sakit memang di perintahkan oleh Rasulullah saw. Selain membuat orang yang sakit gembira, kita mendoakan beliau cepat sembut dan malaikat juga akan mendoakan kita yang datang berziarah. Selesai memberikan senyuman dan berziarah, saya pun menjemput anak-anak dari sekolah bersama suami. Anak-anak sangat bahagia dengan kehadiran bonda dan ayahanda menjemput mereka, mereka mengajak kami berjalan-jalan. Sebagai memenuhi permintaan anak-anak, kami pun membawa mereka ke shopping complex dan membeli sedikit barang keperluan sekolah serta rumah. Inilah antara cabaran pelajar yang bercuti belajar seperti saya. Apapun diharapkan sedikit masa yang diluangkan untuk sahabat dan keluarga akan dibalas oleh Allah SWT dengan banyak masa yang dipenuhi keberkatan. Aameen ya Rabb.

Wednesday 11 February 2015

Transkripsi data Rintis lagi

Assalamualaikum Sebelum memulakan kerja PhD pagi ini, saya telah menyiapkan kerja rumah, anak-anak dan suami telah disediakan sarapan dan bekalan makanan ke sekolah. Apabila duduk di meja study saya teringat kepada bonda yang lama tidak dihubungi. Saya menelefon bonda dan bonda menceritakan sedang membaiki lantai dan dinding rumah yang rosak akibat banjir hujung tahun 2014. Saya pun menyatakan kepada bonda, saya akan bank in duit untuk tambahan bonda membaiki rumah. Selepas memohon bonda doakan, saya terus bank in dan menghantar mesej kepada adik keenam memberitahu tentang itu dan meminta adik mengeluarkannya dan menyerahkan kepada bonda.Alhamdulillah...HIDUP UNTUK MEMBERI. Hari ni saya masih mentransripsikan data rintis...menyusun verbatim untuk dimasukkan ke nvivo. Kerjanya agak lama kerana saya perlu meneliti semula video rakaman pemerhatian dan rakaman suara temubual. Di samping itu saya perlu melihat semula soalan kajian dan teori kajian adakah bersesuaian dengan kajian ini. Saya perlu menumpukan sepenuh perhatian tanpa diganggu oleh mesej-mesej dari telefon dan FB. Saya berusaha menjauhkan diri dari kedua-duanya agar saya lebih berfokus untuk mendapatkan data yang bermakna dan bermanfaat. Saya tidak mahu diganggu dengan mesej-mesej yang membuatkan emosi dan fikiran ke arah lain. Allahumma yassir walaa tuassir...Ya Allah mudahkan jangan susahkan. Mohon doakan semua ye.

Tuesday 10 February 2015

Fokus

Perjalanan PhD adalah perjalanan yang panjang, perlukan bersistematik, tersusun, penuh perancangan. Sebelum memulakan kerja-kerja transcribe data pemerhatian, saya menulis ini terlebih dahulu dlam FB keluarga. Buat sementara waktu, saya cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari telefon supaya urusan PhD saya dapat dilaksanakan tanpa gangguan mesej, gangguan emosi yang datang dari mesej-mesej, gangguan lain-lain. Saya perlu sangat fokus untuk selesaikan tugas yang sangat berat dan mencabar ini. Catatan saya di FB "Assalamualaikum semua Tentang cadangan ke .............. Long De Teh Tam Awa Aman boleh duduk dgn Long Ngah duduk dgn Awa Anak lelaki dengan Tam Anak perempuan dengan De Mak dengan Teh Cadangan tarikh cuti sekolah .......2015 Cadangan lain boleh kemukakan Setelah selesai menulis di FB Family, barulah saya meneruskan dengan mendengar dan melihat video pemerhatian dan menulis traskripsinya. Beberapa minit kemudian saya terfikir bahawa inilah fokus kajian saya setelah hamper setahun tujuh bulan perjalanan PhD saya. Allahuakbar. Terimakasih ya Allah. Semalam saya telah berjumpa dengan panel pembentangan proposal saya, seorang Profesor Madya di Fakulti Pendidikan. Saya berjumpa beliau untuk mendapatkan pengesahan pakar bagi protocol temu bual kajian saya. Alhamdulillah kesyukuran yang tidak terhingga atas perbincangan dan idea yang sangat membina dan bermanfaat bagi seorang pengkaji yang masih mencari-cari focus kajian seperti saya. Setelah selesai, semasa memandu untuk balik ke rumah dengan hati yang sangat gembira, saya teringat samada ingin terus berjumpa dengan supervisor atau tidak. Saya mengambil keputusan untuk berhenti seketika di tempat parking lot dan mendail no telefon penyelia. Syukur penyelia menjawabnya dan saya pun memberitahu mengenai perbincangan dengan panel tadi. Penyelia seorang sangat sangat menerima pandangan...beliau menyatakan ok...itulah bagusnya berjumpa dengan pakar. Macam tulah bagus...ok. Masya Allah...Subhanallah...saya telah berfokus. Doakan saya suamiku, ibuku, anak-anakku, adik-adik, teman-teman...