Wednesday, 11 February 2015

Transkripsi data Rintis lagi

Assalamualaikum Sebelum memulakan kerja PhD pagi ini, saya telah menyiapkan kerja rumah, anak-anak dan suami telah disediakan sarapan dan bekalan makanan ke sekolah. Apabila duduk di meja study saya teringat kepada bonda yang lama tidak dihubungi. Saya menelefon bonda dan bonda menceritakan sedang membaiki lantai dan dinding rumah yang rosak akibat banjir hujung tahun 2014. Saya pun menyatakan kepada bonda, saya akan bank in duit untuk tambahan bonda membaiki rumah. Selepas memohon bonda doakan, saya terus bank in dan menghantar mesej kepada adik keenam memberitahu tentang itu dan meminta adik mengeluarkannya dan menyerahkan kepada bonda.Alhamdulillah...HIDUP UNTUK MEMBERI. Hari ni saya masih mentransripsikan data rintis...menyusun verbatim untuk dimasukkan ke nvivo. Kerjanya agak lama kerana saya perlu meneliti semula video rakaman pemerhatian dan rakaman suara temubual. Di samping itu saya perlu melihat semula soalan kajian dan teori kajian adakah bersesuaian dengan kajian ini. Saya perlu menumpukan sepenuh perhatian tanpa diganggu oleh mesej-mesej dari telefon dan FB. Saya berusaha menjauhkan diri dari kedua-duanya agar saya lebih berfokus untuk mendapatkan data yang bermakna dan bermanfaat. Saya tidak mahu diganggu dengan mesej-mesej yang membuatkan emosi dan fikiran ke arah lain. Allahumma yassir walaa tuassir...Ya Allah mudahkan jangan susahkan. Mohon doakan semua ye.

No comments:

Post a Comment