Thursday, 12 February 2015

Keperluan hidup bermasyarakat dan berkeluarga

Pukul 11.30 pagi ini saya perlu berhenti dari mentranskripsi data untuk menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat. Salah seorang sahabat dan jiran telah dimasukkan ke wad dan saya tidak boleh membiarkan beliau tanpa diziarah kerana menziarahi orang yang sakit memang di perintahkan oleh Rasulullah saw. Selain membuat orang yang sakit gembira, kita mendoakan beliau cepat sembut dan malaikat juga akan mendoakan kita yang datang berziarah. Selesai memberikan senyuman dan berziarah, saya pun menjemput anak-anak dari sekolah bersama suami. Anak-anak sangat bahagia dengan kehadiran bonda dan ayahanda menjemput mereka, mereka mengajak kami berjalan-jalan. Sebagai memenuhi permintaan anak-anak, kami pun membawa mereka ke shopping complex dan membeli sedikit barang keperluan sekolah serta rumah. Inilah antara cabaran pelajar yang bercuti belajar seperti saya. Apapun diharapkan sedikit masa yang diluangkan untuk sahabat dan keluarga akan dibalas oleh Allah SWT dengan banyak masa yang dipenuhi keberkatan. Aameen ya Rabb.

No comments:

Post a Comment